Monday, July 6, 2015

Karnivor (Part 2)



“APA!!!”

“Ye ye tak payah terkejut. Aku tahu aku lelaki sejati” aku menekan button speaker dan terus campak smartphone aku keatas katil. Aku ketawa kecil. Apa ingat aku tak boleh nak tackel hottie ke?

“Mustahil! Kau nak kelentong aku kan?” Wan masih tak percaya.

“Suka hati kau lah esok aku dengan Mia date dekat bookstore haritu. Kalau kau masih tak percaya atau masih lagi sangat dialu-alukan untuk merakam saat indah aku dan dia” agak kelakar jugak aku jawab macam ni.

“Cehhh gay boy. Dah lah aku nak siapkan assignment aku ni” kalah lettew.

“Relax lah esok cuti. Kita santai-santai sikit” perli aku sambil mengambil sehelai tuala kecil lalu mengeringkan rambutku.

“Banyak cekadak. Ni student first-class mana boleh lazy-lazy. Hahaha” 

“Yelah gi lah buat assignment tu. Hmm” acah merajuk.

“Geli lah sial. Haha jumpa esok kat tempat biasa”

“Busy”

“Pundek lah busy. Dah lah buang waktu aku je. Kbai”

“Kbai. I Love You. Muah ciked”

“Dah gi mampus sana hahaha!” 

Lama jugak aku tak bergurau-senda dengan Wan ni sejak dia kene dump. Seram jugak bila ingatkan kembali pasal tu. Aku menarik sebuah novel karya Tunku Halim, yang diterbitkan oleh FIXI. Firstly, aku ingat kedai basikal. Tipulah kalau dengar nama publisher ni tak ingat basikal. FIXI sekarang dah jadi mainstream kat generasi harini tak kira muda ke tua semua baca. Baguslah lari sikit dari kisah cinta yang macam cinderella. Lepas membaca beberapa helai mukasurat aku terjatuh dilembah yang tenang. Mimpi yang indah bersama Mia. Selamat malam kekasih hati.

*Kringggggg* bunyi jam loceng memecahkan kesunyian di dalam bilik ini. Lantas aku pun bangun dari tidurku. Aku menoleh ke arah jam loceng yang terletak kemas diatas meja kecil disis bilik. Awal lagi rupanya. Cuaca pagi ni kelihatan sangat baik, sesuai untuk berpicnic dengan family. Family. Biarlah Tuhan sahaja yang sampaikan rindu aku kepada mereka disana. Aku terus mencapai tuala lalu masuk ke bilik air. Terasa rajin pulak aku mandi awal-awal ni ikutkan selalu 20 minit sebelum appointment baru mandi. Jam menunjukkan tepat pukul 9, ada lagi setengah jam nak berjumpa Mia. Berdebar macam nak gi masuk minang anak dara orang. 

Aku mengenakan sweater nipis dan dipadankan seluar jeans berwarna biru gelap. Hipster? Pergi mampus hipster, hipsturen semua. Beg sandang yang terletak di hujung katil aku tarik satu persatu barang aku sumbat ke dalam isi perut beg itu. Ya selesai. Dengan bismillah dan langkah kaki kanan aku keluar dari rumah. Dalam perjalanan ke sana yang senyuman sampai ke telinga ini je menemani aku. Sampai ditempat yang dikatakan aku terlihat seorang gadis yang ayu duduk diatas bangku sambil membelek buku. Ayunya. Mudah betul aku jatuh hati dengan awek ulat buku ni lebih-lebih lagi dia cantik. Memilih. 

“Hi, sorry lambat!” aku mohon maaf even kita org datang awal dari waktu yang dijanjikan.

“Eh it’s okay. Kita datang awal kan” Mia membalas sambil tersenyum. Manis.

“Oh ye.. Hahaha” awkward.

(2 minit sunyi)

“ah jom lah masuk ke dalam” ajak Mia. Dia mulakan langkah dan masuk kedalam kedai diikuti oleh aku dibelakangnya. 

“Selamat datang” ucap pembantu kedai bernama Kate. Kate dah 3 tahun bekerja di kedai buku ni. Setiap kali habis sekolah mahupun kelas aku mesti lepak sini ataupun di kafe tempoh hari. Sejak kes pencuri organ dan makhluk pelik melanda jarang sekali aku nak kesini.

“Khairul Amir right? lama tak datang sini. Mana menghilang? Putus cinta ke?” gurau Kate

“Eh taklah” aku megelengkan kepala menandakan apa yang Kate katakan tidak benar. Aku putus cinta kapan ya dong?. Mia terus masuk ke dalam dan meninggalkan kami berdua. Ye seronok betul dapat borak. Apa yang tak seronok selain borak? Tikam belakang. Selama 3 jam aku menghabiskan masa dengan Mia di kedai buku tersebut. Macam-macam diborakkan. First time rasa seronok yang lain macam dari sebelum ni. Lagi seronok dari luahkan I love you pada Wan.

₰₰

“Jadi apa novel favourite awak setakat ni?”

“Hmm.. John Creasey’s debut work” aku memintal-mintal spaghetti dengan garfu lalu disuapkan kedalam mulut.

“Wow that trick with the letter really got me” 

“Speaking of John Creasey his short story collction really interesting too, macam The Children's Golden Treasure Book..” sambung Mia sambil mmembongkokan badannya sehingga nampak lurahnya. God gebunya. Aku cuba melarikan pandangan aku dari bukit tersebut.

“Something wrong?” soalnya

“Oh! Tak de tak de..” kawal nafsu kawal. Aku mengipas-ngipas diri sendiri yang tak berapa nak panas.

“Err.. Sandwich tu awak memang tak makan ke?” dari tadi aku perhatikan sandwich yang di oder tidak terusik. Membazir betul.

“Oh, sejak akhir-akhir ni saya makan terlalu banyak. Umm, I’m sort of, on diet” 

“Excuses me, I’m going to the restroom..” pintanya

”Oh yes go ahead” balasku pendek.

Tengah diet? Tapi dia tak nampak gemuk sangat pun. Figure body cun je. Bila tak makan still kata gemuk, dah makan pun still kata gemuk. Humm biasalah girls.

₰₰

Selesai makan aku decided nak teman Mia jalan-jalan sambil ambil angin. Nyaman. Lupa pulak harini hari Ahad ramai family bawak anak-anak beriadah di taman ni. Macam-macam gelagat kanak-kanak aku perhatikan. Lucu dan comel. I wonder bila aku jadi seorang ayah nanti. Aku toleh ke Mia, muka dia agak pelik - penat mungkin?,

“Ah.. Awak darah jenis AB kan? Awak tahu kita punya persamaan haha” 

“Oh yeke tak sangka lah. Our reading choices, and we’re the same age. Saya pasti kita banyak persamaan kan?” balasnya. Cara dia pandang kearah aku buat aku tidak senang.  Kenapa comel sangat. Somehow this feeling like a good thing. 

“Thank you for today Mir”

“No it was my pleasure I had fun too!” aku mengaru kepalaku yang tak gatal.

“Well jumpa nanti Mia hehe”

“uhmm.. Mir. Rumah saya berdekataan dengan Bangunan Pandora. Baru-baru ni ada kes di area situ” mimik muka Mia beubah. Aku faham dia mesti takut dan tak selesa. Lebih-lebih lagi kawasan yang dia sebut tadi pernah berlaku kes pembunuhan dan pengambilan organ dalaman.

“Kes pasal makhluk pemburu organ tu?” aku menyoal sedikit sarkastik. Antara nak tolong hantar balik atau aku keseorangan nak balik nanti. Aku confused.

“Kadang-kadang terasa takut tu semakin tinggi bila balik sorang-sorang ni. Lebih-lebih lagi orang macam saya” 

Selepas kejadiaan tu ramai pekerja shift malam terpaksa pulang awal takut menjadi korban sterusnya. Aku perhatikan Mia kembali. Tak elok jugak dia ni balik sorang-sorang dan dia perempuan. Jadi aku iyakan mahu teman dia sampai ke rumah.

“Oh ye semalam saya terjumpa satu lukisan. Lukisan yang mengambarkan makhluk tu” aku menarik keluar satu gulung kertas lukisan dan tunjuk kepadanya.

“Oh my god! Betul ke ni? ” soal Mia.

“Mir awak perasan tak keadaan kita macam situasi dalam story John Creasey, Awak dan saya berjalan di lorong gelap ni. Sesuatu yang misteri kan?” Mia menundukkan wajahnya. Tiba-tiba Mia memeluk aku. Aku terkedu. Mia menarik baju aku kuat. Fikiran aku seolah melayang-layang.

“Mir the truth is I selalu perasan yang Mir asyik pandang Mia dekat kafe..” di senyum. Tak sempat aku menolak tubuhnya, Mia terus mengigit bahu aku kuat. Arghhh!. Aku mengerang kesakitan, darah mula membasahi lengan kanan ku. Pandangan aku semakin kabur dan darah memercik keseluruh tempat. Dammit siapa Mia ni? Perempuan dari neraka?. Aku tersungkur ke bawah. Tak guna! Aku cuba mengensotkan badan ke belakang perlahan-lahan.

“Mir tahu dalam chapter 23 dimana pemburu dan diburu jatuh bersama? Dimana si pemburu adalah diburu dan diburu itu pemburu?”

“Mia lapar..Mia haus Mia nak kan Mir” Mia buka langkahnya satu persatu untuk mendapatkan aku. Aku bingkas dan lari secepat mungkin dengan keadaan macam ini 54% body aku dapat tampung keseimbangan. Tiba-tiba zapps sesuatu menembusi perut ku. Darah mula memercik menjadi seni abstrak. Aku jatuh. Mataku semakin layu-layu dan terus tertutup rapat. Aku mati? Mati? Tidakkkkkk!

(bunyi besi jatuh)

“Bunyi bising apa tu?”

“Korang kat sini kat sini ada orang kene himpap dengan besi ni”

“panggilkan ambulans sekarang!”

Karnivor (Part 1)



Orang kata organ dalaman dan daging manusia lagi enak berbanding mamalia yang lain. Orang mana? Orang yang pernah rasa,sentuh,kunyah daging busuk tu. Teringat aku pada artikel yang pernah aku baca pasal sebuah restaurant yang pernah menawarkan daging manusia yang dipublish oleh The Guardian. Pada mulanya aku rasa jijik dan menjengkelkan tapi selepas terbaca statement seorang pensyarah ni buat aku tertarik pasal human meat. 

"If you've never had human flesh before, think of the taste and texture of beef, except a little sweeter in taste and a little softer in texture. Contrary to popular belief, people do not taste like pork or chicken."

Sedap daging manusia ni... Aku tersenyum.

₰₰

*beberapa mayat yang dijumpai tanpa organ dalaman dan dibunuh dengan kejam*

“Negara kita ni makin lama makin tak selamat” Wan mula bersuara sambil membelek-belek senaskah surat khabar yang dibelinya di persimpangan jalan tadi. 

“Ni sebab longgokkan pendatang asing tanpa visa lah ni. Ingat kuat sangat sistem kawalan negara ni rupanya hampeh!” ngomol Wan.

Aku mengeluarkan novel yang baru dibeli tempoh hari. Penanda buku berwarna merah darah tu aku tarik keluar. Setiap perkataan yang tertera di atas penanda buku itu aku baca satu persatu.
"You see things; and you say, "Why"? But I dream things that never were; and I say, "Why not"? - George Bernard Shaw

Entah kenapa aku tersenyum tiba-tiba. Mungkin dia tempoh hari?

“Woii woii aku tengah tanya pendapat kau pasal kes ni” Wan bersuara lagi sekali sambil memijak-mijak manja kasut aku. Terganggu lamunan aku sebentar tadi.

“Dah kenapa pijak kasut aku?” 

“Uhmm marah ke? Entah-entah kau ni pun ada kaitan dalam kes ni” balas Wan saja menyakitkan hati. Cehh.

“Kalau itu aku.. aku rasa kau tak selamat dalam keadaan macam ni” aku tenung tajam ke dalam matanya. Wan mula resah dan cuba melarikan pandangannya dari ku. Aku menarik nafas dan hembus kan perlahan-lahan. Novel yang aku pegang tadi aku letak disebelah pasu bunga yang terletak ditengah-tengah meja itu. 

“Okay ubah topik. Sebagai contoh awek yang kau kata comel tu. Itu dia kan?” sambil menunjuk kearah gadis yang sedang mengambil pesanan di hadapan kami. Tersedak aku dibuatnya.

“eh-eh.. Eh kau! Tak payah lah tunjuk-tunjuk” aku tendang kaki Wan. Gelabah jugak lah bila si Wan ni tunjuk-tunjuk macam tu je. Jatuh maruah. Fuhh. 

“Aku bukan cakap pasal dia lah tapi customer yang selalu lepak sini” ya customer tu memang comel. Yang penting taste makanan, minuman dan bahan bacaan kami sama. John Creasy

“Excuse me miss!”
“Eh what!!!!!” suara aku semakin meninggi..
“Oh yes?” 
“Can i order? I’ll have a cappuccino. Engko nak apa?”
“urm.. Eh? Oh ta-takk-tak apa lah. Aku belum habis lagi ni”
“Cappuccino” si pelayan terus mengambil pesanan.
“Eh kejap” Wan menarik lengan si pelayan tadi. Weii? Apa kau buat? Aku perhatikan gelagat si Wan dengan sedikit perasaan kurang senang.

“Nama awak apa?” soal Wan
“Saya Qila”
“Awak tahu awak boleh kill-lah saya bila-bila hehe. Dah ada boyfriend?” padunya.
“Haa? Okay lah encik saya nak buat kerje ni” kata pelayan yang bernama Aqila dan terus meninggalkan tempat kami.

“Kau dah kenapa nak gentelman tak kene tempat and then guna pickuplines pun tah apa-apa”
“Kau rilex boleh tak?” Wan kembali bersandar di kerusinya.
“Dia comelkan dengan pipi pau dia tu blushing-blushing macam nak tonyoh-tonyoh je” sambung Wan.
“Jangan buat kerje bodoh lah bajingan” aku tekup muka aku dgn novel tadi. Entah muncul rasa malu tiba-tiba.

*Kliring* bunyi pintu kafe tersebut. Seorang gadis dalam lingkungan 20-an masuk ke dalam kafe ini. Rupanya dia. Aku terus menundukkan muka ku ke bawah. 

“Hoi hoi kau ni dah kenapa tak boleh rilex ke? Apa teloq goyang?” 
“T-takk tengok awek tu.. tulah dia” aku cuba menunjuk kearah gadis tersebut. 

“Mirr..” Wan renung aku tajam.
“Sorry to say this but hottie like her? Please give up kay” sambung Wan. What?
“I know that we wouldn’t go well together. I’m happy enough..just seeing her. Besides, bila mata kami bertemu antara satu sama lain that feeling..” aku mengeluh sambil mengosok-gosok cover novel.
“Macam kita org berkongsi satu perasaan” aku sambung dan menundukkan muka ke atas meja
“Dan kau.. sangat creepy dude. Maybe dia senyum kat kau sebab kau tu asyik pandang-pandang dia. Entah-entah.. dia ingat kau pervet kah!”
“Tolong sokong member boleh tak?” aku mencebik sedikit. Tak guna betul.
“Well I got to see the girl you were talking about. But aku kene gi keje sekarang. Good luck delusion boy!” Wan menepuk belakang aku. Tersedak sedikit.
“And see ya cik Aqila!”. Sempat.

Sejak bila pulak Wan ni jadi peramah nak mampus. Order cappucino tak habis. Eh kejap dah bayar ke belum?

*beep*
 
  Wan Two Three:
     Brother tolong bayarkan untuk aku ekh. Gaji masyuk aku lanje. *brofist*

Aku dah agak. Aku masukkan balik smartphone aku ke dalam beg. Aku toleh ke arah gadis tadi. Tipulah aku kata awek ni tak cantik, serious cantik sangat kalah Mawar Rashid. Adalah satu haritu aku ingat dia ni pondan. Yelah pondan sekarang ni lagi cantik dari perempuan asli. Tapi ada sebab lain kenapa aku suka dia. Banyak kali aku perhatikan dia ni, terutamanya buku yang dia selalu baca di kafe ni. Yang pasti di baca buku dari penulis fevret aku. John Creasey. Cara John Creasey menulis pasal jenayah dan mister buat aku tertarik sangat. 

“Hi” sapa gadis tersebut

*bukk* 

Novel yang aku pegang tadi terjatuh ke lantai. Dia mengambil novel tersebut.
“The Pack of life. Menarik saya pun sedang baca novel ni. Do you like him? John Creasey?” soalan gadis itu dan meletakkan novel tadi ke atas meja.

“y-y-yaaa I absolutely love John Creasey!” jawab aku teruja dan sedikit gentar. Al maklumlah awek idaman hati. Eh?

“I love crime & mysteries”
”Ah so do I!”
“By the way saya Mia” dia memperkenalkan dirinya sebagai Mia beserta sekuntum senyuman yang manis itu.

Maka perbualaan dan sesi suai kenal antara aku dan Mia berjalan dengan baik. Walaupun tidak dirancang. Boleh faham perasaan aku masa tu? Ha mekasih sudi faham.

Monday, June 8, 2015

Fenomena Insomnia.


  Assalamualikum,

  Jam menunjukkan sudah pukul 2:34 pagi. ye aku masih tidak dapat berkahyalan dialam mimpi seperti rakan sebilik ku Anna. Lena betul dia tidur. Dah masuk 3 hari aku tak dapat tidur. Aku syak aku ada insomnia. Aku search google cara nak atasi masalah ni satu pun macam tak berguna. Aku pejam mata aku erat. Fuhhh telinga aku ni bingit seolah banyak manusia-sesuatu sedang ligat berborak. Aku langsung tidak jadi tidur terjaga sampai keesokan harinya-ke kelas. Lepas kelas baru ada feel mengantuk. Satu je aku risau takut jatuh sakit. Aish degil betul aku ni. Tapi bukan salah aku pun bila aku dah baring mata ni je yang tak nak lelap. Kadang bergaduh jugak dengan diri sendiri. Sedih, Okay itu kisah insomnia dan apahal aku tak dapat tidur

  Aku nak kongsi video yang aku terima dari rakan serumah ku menerusi aplikasi whatsapp. Agak mengejutkan bagi aku (was-was untuk mempercayai). Video tersebut berdurasi selama 51 saat. Dalam video tersebut ia mengambar burung / manusia / malaikat?(walwahualm). Terdapat dua jenis burung / manusia terbang di langit yang agak mendung. Tapi bagi aku image tersebut seolah diedit. Aku rasa sebab warna / ton dia nampak berbeza. Dan video tersebut merujuk selepas berlakunya gempa bumi kecil di kawasan Sabah. Pada waktu yang sama aku takut dan so-so. Dia susah nak tafsirkan. Dan video itu belum pasti sahih atau tidak . Aku dah checkdkt twitter and Facebook tak jumpa. Youtube belum lagi wifi sini slow macam siput. Grrr.

  Apa-apa pun aku mendoakan kesejahteraan kepada diri aku, parents dan seluruh muslim dalam keadaan yang elok-elok(seamat dan diberkati oleh Allah). Semoga Allah masih menerima taubat dan doa kita serta dilindunginya. Insyallah.

Wednesday, May 20, 2015

Diyana

Kringgggg!. Loceng asrama berbunyi nenandakan waktu kelas sudah tamat.

"Baiklah semua siapkan homework yang saya suruh buat dalam buku teks tu. Esok hantar!"

"Alaaa ustazah banyak ni" ngomel pelajar yang bertubuh gempal sedikit.

"Orang yang berjaya tiada seribu satu alasan untuk menyiapkan tugas. Macam mana nak berjaya?" balas Ustazah Alawiyah yg terkenal dengan sikapnya yang tegas.

"Ye baik ustazah" balas pelajar tersebut dengan nada terpaksa.

  Susana dalam kelas semakin lenggang setiap satu persatu pelajar keluar. Kini tinggal aku dan dua rakan sekelas ku. Aku Diyana. Panggil Dia je. Aku tinggal di asrama ni sebab parents aku nak sangat. Aku? hmm rela sekolah biasa. Kata mereka asrama boleh disiplin kan pelajar and lebih bertanggungjawb. Bukti? tak ramai macam tu. Salah seorang macam aku. Bagi aku sekolah asrama ke tak itu bukan masalah nak berjaya dalam pelajaraan mahupun bidang ko-kurikulum. Yang bezanya adakah engkau nak ubah attitude itu atau tak. Atai kau berpura-pura nak jaga prestasi sekolah. Funny kan tapi iti yang betul. Muak aku dengar orang puji budak asrama tak beza syaiton memasing.

  Di sudut sebelah tingkap kiri berhadapan meja guru 2 pelajar tersebut sedang sibuk bergossip. Intan dan maya terkenal dengan cerita entah betul atau tidak. Aku malas nak tahu. Aku sambung buat homework. Tiba-tiba hujung mata pensel aku patah. Damn aku nak siapkan awal jadi tergendala pulak.

"Dia! jom lah join kita orang borak!" teriak Intan. Cehh duduk bukan jauh pun nak jerit-jerit. Bersilangkan 4 meja je pun.

"Nantilah aku nak siapkan homework ni" aku kasi alasan yang kukuh utk tidak sama-sama dengar omong kosong syaitan ni.
 
  Aku tarik pensel tekan aku yang dihadiahkan oleh papa last month. Teringat kata papa yang pen ni azimat untuk aku buat kerje sekolah. Kelakar. Aku tersenyum sengsorang. Tanpa dijemput dan dipinta si Intan dan Maya menarik kerusi perlahan ke meja ku.Menjadikan satu kunpulan meja yang dianggotai 3 ahli.

"Dia kita org borak sini lah sana jauh sangat and-" percakapn intan dihalang oleh Maya.

"Tak de apa sje duduk sini. Boleh kan?" sambung Maya sempat mencubit bahi Intan. Sakit mungkin. Aku tersenyum tgk gelagat dua syaitan ni. Aku toleh ke tempat duduk mereka tadi alangkah terkejut aku terlihat sebujur badan yang hangus berdiri tepat di depan tingkap. Nafas ku turun naik. Aku cepat-cepat beristigfar. Maya menyentuh tangan ku.Aku toleh ke mukanya.

"Dia kau okay?"

"Dia apasal ni?" Tanya intan. Aku rasa dia boleh baca dari reaksi muka aku.

"Korang jom balik dah nak maghrib ni? nak mandi lagi. Nak solat kan?" pujuk aku.

  Mereka berdua anguk akur. Terus aku kemas perkakas aku. Ini kali pertama aku nampak benda macam tu kat sini. Aku terus ke dorm dahulu dan meninggalkan Intan dan Maya.

"Maya.. dia dah tahu ke?" soal Intan yg ketakutan.

"Shhh.. mulut celupar. Tak kot dia okay tu" Maya cuba tenanf kan Dia.

"Tapi..? "

"No  everything gonna be fine. Believe on me".

Selesai solat maghrib, isyak dan tasmik. Kami semua diarahkan ke dorm. Dan inilah kali pertama aku rapat dengan classmate aku. Intan dan Maya ni macam kembara kat mana Intan ada kat situ Maya ada. Dalam tiga bulan macam tu aku tak jumpa apa-apa seperti tempoh hari.

  Macam biasa hujung bulan kita org mesti dah homesick nak balik rumah. Macam tulah aku rindu masakan umi especially sambal udang petai, daging salai masak lomak, pucuk ubi goreng dan telur itik masak kuning. Perghh. Pinnnn! bunyi hon kereta persona warna merah tua. Terhenti lamunan pasal masakan umi. Rupanya papa. Aku berlari macam kanak-kanak tadika menunggu ibu dan ayahnya jemput. Aku bersalaman dengan Ayah. Aku terus masuk ke dalam kereta kononnya tak sabar nak balik.

"Hey anak dara barang ni siapa nak angkat?" sinis papa.

"Alah pa harini je bukan selalu pun. Dia penat lah pa hmm" aku buat gaya ala-ala penat dan muncung kan mulut macam mulut itik.

"Haii ni lah anak dara sorang ni" papa terus angkat barang aku dan masuk ke bonet keretanya. Selesai tu papa terus masuk ke dalam.

"Sorry pa~ pa nak phone nak call umi" pinta ku. Pap terus serahkan smartphone jenama apple tu ke anaknya.

"Fuhhh iPhone 6! gila lah! papa beli bari ni" aku acah acah cium konon nak amik bau kedai. Papa just tersenyum je. Aku terus mendail no umi.

  Dalam perjalanan ke rumah aku berborak dgn mama sampai terlena. Perjalanan ke rumah mengambil masa 2 1/2 . Tokk Tokk aku terdengar bunyi ketukan. Aku bangun nak mengusap mata ku. Kelihatan seorang wanita berumur 30-an berdiri di depan tingkap kereta. Aku keluar. 

"Umi!!" jerit ku dan terus memeluk umi.Alangkah rindu selepas 4 bulan tak bersua walau dikasi peluang untuk balik setiap hujung bulan.

"Kurusnya anak umi. Ni umi ada masakkan lauk kesukaan kamu" soloroh umi sambil mencuit hidung ku.

"Masak kuning yeee" teka ku.

"Pandainya. Dah jom kita makan" aku terus masuk ke dalam.

"Hey barang ni?"

"Alah abang lah bawak kan anak kita bukan selalu balik pun kan? " balas umi. 

  Best ada dgn umi ni selalu ada tukang backup. Umi membalas dengan sekuntum senyuman yang manis pada papa.Alahai sweetnya. Papa sedikit mengeluh.

"Anak dengan maknya sama je" keluh papa walau dengab keluhan dia lah jugak yg tolong mengangkat barang anak tunggalnya. Tiada anak lain. Semasa papa sedang turun kan barang,kelihatan bayangan dua budak kecil di seat belakang kereta. Papa endahkan walau agak terkejut sedikit.

"Pak cik.. pak cik" budak tu seolah memanggilnya.

"Pergi kau dari sini! Sini bukan tempat kau Allhuakhbar!" 

Umi dan aku seraya ke hadapan.

"Pa kenapa ni?"

Muka papa pucat lesu.

"Dah tolong angkat barang ni cepat" agih papa kepada umi.

  Aku sedang leka mengunyah daging salai terpandang sebujur tubuh yg hangus tempoh hari di depan pintu pagar kami. Tersedak aku dibuatnya.Ciss keluarga iblis ni. Aku cepat ambil barang dan menutup pintu rumah.

  Selesai makan kami sekeluarga terus menunaikan solat maghrib dan diikuti solat hajat, solat isya. Selepas bersalaman aku masuk ke bilik. Mata ni berat sangat dan terlena di atas katil yang empuk tu.

  Dalam pukul 3 pagi aku terjaga. Sial lah bangun waktu macam ni. Aku cuba tutup mata tapi gagal. Aku mengambil handphone nokia ku dan caro alternative yang boleh buat aku tertidur. Gagal buat kali kedua.

Dangg! bunyi pintu ditendang dan diikuti bunyi piring pecah. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku. Aku mendail no umo dan papa. "maaf kredit anda tidak mencukupi untunk membuat panggilan seterusnya" lahnet. Time gini maxis boleh bergurau senda dengn aku. Tiba-tiba pintu bilik aku terbuka perlahan demo perlahan. Tersentak aku benda tempoh hari berada tepat didepab aku. Cilaka aku tak boleh lari. Aku cuba memukul benda itu dgn bantal gagal kali ketiga. Aku meraung meminta tolong. Gagal kali keempat.

"Dia! Dia!" panggg sekali berpinar kepala aku.

"Sakit sial!" aku mengusap pipi ku. Aku membuka perlahan mata ku see what!?  aku kat dorm. Mimpi apa ni sial? Ustazah Alawiyah terus peluk aku.

"Jangan tinggalkan kami. Jangan" pintanya. Aku tak faham. Aku tolak dia dah berlari ke padang badminton berdekatan tapak perhimpunan. Semua orang gila semua! Kaki ku terhenti slepas terlihat benda itu lagi aku mengambil besi buruk yg berhampiran tiang badminton itu dan menghala ke benda tu. Dia seolah sedang gelak puas. Aku takut.

"Hii dengan aku pun kau takut?Kita sama. Aku kau"

"Bukan kau dah mati! Kau syaitan!"

"Boleh aku gelak? Hahahahahahahaha. Kalau aku syaitan kau pun syaitan jugak kan?"

Bnda ni macam sedang bermain dengan permainan emosi dan minda.

"Tak kau dah mati!" jerit ku dan tanpa disedari aku menangis.Ketakutan. Senyap.

Aku buka mata ku perlahan-lahan. Keadaan seperti biasa. Keadaan sekeliling macm normal bukan mcm tadi. Aku keliru.

"Hi dia! buat pe kat sini" tegur seseorang yg aku kenali. Aku toleh ke belakang. Rupanya Intan.

"Haa..? Maya mana? "

"Maya...?"

Aku tenung dia lama.

"Gi toilet! hehehe"

"Ohh.."

Keadaan stabil seperti biasa. Kadang aku jumpa dia kadang tidak.

Aku decided nak ke library utk ulang kaji. Aku duduk di bahagian belakang sekali konon anti-sosial. Ada dua org pelajar. Junior barangkali bergossip pedia kat library.

"Weyy aku dgr sekolah kita ni "

"Jangan lah hati aku tak kuat"

"Cuba baca ni. Mayat pelajar ni tak di jumpai"

"Tak kan"

"Iyaaa sekolah-"

"Ehemm" tegur aku.

"Eh. Kan! "

Dua pelajar tu meninggalkan tempat tu tinggal lah aku sorang. Aku menarik surat khabar yang dikatakan pelajar tadi. Tepapar satu kisah kebakaran di sekolah asrama. Dan sekolah ti sekolah aku. Aku menelaah gambar2 pelajar tersebut. Ustazah, Intan, Maya, Papa..? papa knapa?

"Punca kebakaran sebab litar elektrik dan papa cuba selamatkan kita tapi-"

"Tapi gagal?"

Maya tunjuk ke gambar terakhir.Aku tengok. Aku menekup mulut ku seolah tak percaya apa yang berlaku. Sungguh tak di jangka. Aku terjelepuk ke lantai. Apa semua ini? Kenapa!? Sekali lagi aku gagal. Gagal. Sekarang aku sengsara. Aku tak sedia.

Friday, May 15, 2015

Malam yang sunyi.

Terasa lama sangat tak blogging dkt blog ni (yelah asyik tumblr je). Tergerak hati ni nak taip something kat blog. Sebenarnya decide nak update dkt wechat. But fikir balik, asyik engkau je bosan (takut like sikit haha). Mesti pelik dgn tajuk ni kan? Tak payah pelik saya taip ni pada waktu yg sunyi.
  Malam-malam macam ni selalu aku on youtube layan fun with louis, pewdiepie, willhamburgs atau pun baca novel. Tapi malam ni mood nak buat benda harian tak nak pulak (tukar mood lettew). Bukan. Otak ni macam process benda lain. Bukan hatu, tapi manusia. Ya manusia macam kita. Tapi dia ni manusia yg telah mencuri hati aku *ouch*.
  We never meets before, but we do contact in social media. Tak lama pun sekejap je. I don't know why i fall towards him. Dia macam kau makan tapi tak de rasa tapi kau lapar ah gituu (tak de kaitan rasanya). Okay okay bertepuk sebelah tangan. Kita minat kat orang yang kita tak pernah bersua and jealous bila dia dgn perempuan lain. Kinda annoying dgn diri sendiri. Tapi itu lah dah nama perempuan.
  Jujurlah ada lah jugak berangan dia bakal jadi imam ku (angan sampai jinjang pelamin). Tapi aku tak boleh sangat nak berangan ni karang benda tak jadi. Adalah kawan ni post gambar if nak kan si dia jodoh kita kne baca surah yusuf ayat 4 & (tak ingat surah apa) sebanyak 3 kali. Hati perempuan mana yg tak happy ada conclusion nya. Tapi aku redha if tak de jodoh di akhirat kelak dia lah jodoh ku. Insyallah.
  Ya Allah dah merapu ni. Nah nak promote this book by Ariff Adly. He's my fav author now. Both his book are awesome and got me goosebumps. Do buy his book at Kedai Fixi or MPH. Agak-agak dpt royalty sikit tak dah promote buku org ni? Hehehe




Monday, April 29, 2013

Lunafly Again And Again!!!?

Assalamualikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia...?

Omo i'm forgot again!!!!!!!!!!!!!! here! and nah!!!


Members
Stage name
Birth name
Birthdate
Position
Yun
Han Seungyun
한승윤
January 14, 1994 (age 19)
Singer, Guitarist, Maknae (youngest member), composer
Teo
테오
Shin Taeho
테호
December 7, 1993 (age 19)
Singer, Drummer, Pianist, Bassist, Percussionist, composer
Sam
Sam Carter
샘카터
October 14, 1987 (age 25)
Leader, Singer, Guitarist, composer


 





Saturday, April 27, 2013

Seo In Guk - With Laughter or With Crying?

Assalamualikum, 
I'm really addicted with this song. Actually this song have a same meaning in my life. People doesn't know it. When i knew this song bout this 'broken heart' song, i'm so! OMG someone noticed my life? Really thankful to the song writer and the singer too,


[English]
For the first time in months, I dressed up and met my friends
One friend of mine, tactlessly asked me again
If I was on a diet and that I am unrecognizable
He asked me, he kept asking me

I couldn’t eat because of you
I couldn’t sleep because of you
So every day, I barely get through the day
I wanted to tell you but because I was afraid I’d cry
I just smiled

My family and friends
All ask me how you are doing
When I go to a restaurant or wherever I go
They ask me why I came alone
And each time, it hits me again
That you’re not here, that I don’t have you anymore

I couldn’t eat because of you
I couldn’t sleep because of you
So every day, I barely get through the day
I wanted to tell you but because I was afraid I’d cry
I just smiled

No matter who asks, no matter how much they ask
I can’t say your name out loud
Because I’m afraid that one name will make
Everything spill out

In case I might cry, I laugh louder
In case I think of you, I talk about something else
But the more I do that, I keep missing you more
And on my way home, I felt like such a fool
So I eventually cried

I couldn’t hold it in anymore and I cried

[Malay]
Untuk pertama kalinya dalam bebarapa bulan, aku berpakaian rapi dan bertemu teman-temanku
Salah satu temanku, dengan spontan bertanya lagi
Jika aku diet dan aku tidak dikenali lagi
Dia bertanya padaku, ia terus bertanya padaku

Aku tidak bisa makan karena dirimu
Aku tidak bisa tidur karena dirimu
Jadi setiap hari, aku nyaris tidak melewati sehari
Aku ingin memberitahumu, tetapi karena aku takut aku akan menangis
Aku hanya tersenyum

Keluargaku dan teman-teman
Semua bertanya kepadaku apa kabarmu
Ketika aku pergi ke restoran atau di mana pun aku pergi
Mereka bertanya mengapa aku datang sendiri
Dan setiap kali, itu terjadi lagi
Bahwa kau tidak ada di sini, bahwa aku tidak memilikimu lagi


Aku tidak bisa makan karena dirimu
Aku tidak bisa tidur karena dirimu
Jadi setiap hari, aku nyaris tidak melewati sehari
Aku ingin memberitahumu, tetapi karena aku takut aku akan menangis
Aku hanya tersenyum


Tidak peduli yang bertanya, tidak peduli berapa banyak mereka meminta
Aku tidak bisa mengatakan namamu dengan keras
Karena aku takut bahwa satu nama akan membuat
Semuanya tumpah keluar

Dalam hal ini aku mungkin menangis, aku tertawa keras
Dalam hal ini aku berpikir tentang dirimu, aku berbicara tentang sesuatu yang lain
Tapi semakin aku melakukannya, aku terus kehilanganmu
Dan dalam perjalanan pulang, aku merasa seperti orang bodoh
Jadi aku akhirnya menangis

Aku tidak bisa menahan diri lagi dan aku menangis

OFFICIAL [M/V]