Orang kata organ dalaman dan daging manusia lagi enak berbanding mamalia yang lain. Orang mana? Orang yang pernah rasa,sentuh,kunyah daging busuk tu. Teringat aku pada artikel yang pernah aku baca pasal sebuah restaurant yang pernah menawarkan daging manusia yang dipublish oleh The Guardian. Pada mulanya aku rasa jijik dan menjengkelkan tapi selepas terbaca statement seorang pensyarah ni buat aku tertarik pasal human meat.
"If you've never had human flesh before, think of the taste and texture of beef, except a little sweeter in taste and a little softer in texture. Contrary to popular belief, people do not taste like pork or chicken."
Sedap daging manusia ni... Aku tersenyum.
₰₰
*beberapa mayat yang dijumpai tanpa organ dalaman dan dibunuh dengan kejam*
“Negara kita ni makin lama makin tak selamat” Wan mula bersuara sambil membelek-belek senaskah surat khabar yang dibelinya di persimpangan jalan tadi.
“Ni sebab longgokkan pendatang asing tanpa visa lah ni. Ingat kuat sangat sistem kawalan negara ni rupanya hampeh!” ngomol Wan.
Aku mengeluarkan novel yang baru dibeli tempoh hari. Penanda buku berwarna merah darah tu aku tarik keluar. Setiap perkataan yang tertera di atas penanda buku itu aku baca satu persatu.
"You see things; and you say, "Why"? But I dream things that never were; and I say, "Why not"? - George Bernard Shaw
Entah kenapa aku tersenyum tiba-tiba. Mungkin dia tempoh hari?
“Woii woii aku tengah tanya pendapat kau pasal kes ni” Wan bersuara lagi sekali sambil memijak-mijak manja kasut aku. Terganggu lamunan aku sebentar tadi.
“Dah kenapa pijak kasut aku?”
“Uhmm marah ke? Entah-entah kau ni pun ada kaitan dalam kes ni” balas Wan saja menyakitkan hati. Cehh.
“Kalau itu aku.. aku rasa kau tak selamat dalam keadaan macam ni” aku tenung tajam ke dalam matanya. Wan mula resah dan cuba melarikan pandangannya dari ku. Aku menarik nafas dan hembus kan perlahan-lahan. Novel yang aku pegang tadi aku letak disebelah pasu bunga yang terletak ditengah-tengah meja itu.
“Okay ubah topik. Sebagai contoh awek yang kau kata comel tu. Itu dia kan?” sambil menunjuk kearah gadis yang sedang mengambil pesanan di hadapan kami. Tersedak aku dibuatnya.
“eh-eh.. Eh kau! Tak payah lah tunjuk-tunjuk” aku tendang kaki Wan. Gelabah jugak lah bila si Wan ni tunjuk-tunjuk macam tu je. Jatuh maruah. Fuhh.
“Aku bukan cakap pasal dia lah tapi customer yang selalu lepak sini” ya customer tu memang comel. Yang penting taste makanan, minuman dan bahan bacaan kami sama. John Creasy
“Excuse me miss!”
“Eh what!!!!!” suara aku semakin meninggi..
“Oh yes?”
“Can i order? I’ll have a cappuccino. Engko nak apa?”
“urm.. Eh? Oh ta-takk-tak apa lah. Aku belum habis lagi ni”
“Cappuccino” si pelayan terus mengambil pesanan.
“Eh kejap” Wan menarik lengan si pelayan tadi. Weii? Apa kau buat? Aku perhatikan gelagat si Wan dengan sedikit perasaan kurang senang.
“Nama awak apa?” soal Wan
“Saya Qila”
“Awak tahu awak boleh kill-lah saya bila-bila hehe. Dah ada boyfriend?” padunya.
“Haa? Okay lah encik saya nak buat kerje ni” kata pelayan yang bernama Aqila dan terus meninggalkan tempat kami.
“Kau dah kenapa nak gentelman tak kene tempat and then guna pickuplines pun tah apa-apa”
“Kau rilex boleh tak?” Wan kembali bersandar di kerusinya.
“Dia comelkan dengan pipi pau dia tu blushing-blushing macam nak tonyoh-tonyoh je” sambung Wan.
“Jangan buat kerje bodoh lah bajingan” aku tekup muka aku dgn novel tadi. Entah muncul rasa malu tiba-tiba.
*Kliring* bunyi pintu kafe tersebut. Seorang gadis dalam lingkungan 20-an masuk ke dalam kafe ini. Rupanya dia. Aku terus menundukkan muka ku ke bawah.
“Hoi hoi kau ni dah kenapa tak boleh rilex ke? Apa teloq goyang?”
“T-takk tengok awek tu.. tulah dia” aku cuba menunjuk kearah gadis tersebut.
“Mirr..” Wan renung aku tajam.
“Sorry to say this but hottie like her? Please give up kay” sambung Wan. What?
“I know that we wouldn’t go well together. I’m happy enough..just seeing her. Besides, bila mata kami bertemu antara satu sama lain that feeling..” aku mengeluh sambil mengosok-gosok cover novel.
“Macam kita org berkongsi satu perasaan” aku sambung dan menundukkan muka ke atas meja
“Dan kau.. sangat creepy dude. Maybe dia senyum kat kau sebab kau tu asyik pandang-pandang dia. Entah-entah.. dia ingat kau pervet kah!”
“Tolong sokong member boleh tak?” aku mencebik sedikit. Tak guna betul.
“Well I got to see the girl you were talking about. But aku kene gi keje sekarang. Good luck delusion boy!” Wan menepuk belakang aku. Tersedak sedikit.
“And see ya cik Aqila!”. Sempat.
Sejak bila pulak Wan ni jadi peramah nak mampus. Order cappucino tak habis. Eh kejap dah bayar ke belum?
*beep*
Wan Two Three:
Brother tolong bayarkan untuk aku ekh. Gaji masyuk aku lanje. *brofist*
Aku dah agak. Aku masukkan balik smartphone aku ke dalam beg. Aku toleh ke arah gadis tadi. Tipulah aku kata awek ni tak cantik, serious cantik sangat kalah Mawar Rashid. Adalah satu haritu aku ingat dia ni pondan. Yelah pondan sekarang ni lagi cantik dari perempuan asli. Tapi ada sebab lain kenapa aku suka dia. Banyak kali aku perhatikan dia ni, terutamanya buku yang dia selalu baca di kafe ni. Yang pasti di baca buku dari penulis fevret aku. John Creasey. Cara John Creasey menulis pasal jenayah dan mister buat aku tertarik sangat.
“Hi” sapa gadis tersebut
*bukk*
Novel yang aku pegang tadi terjatuh ke lantai. Dia mengambil novel tersebut.
“The Pack of life. Menarik saya pun sedang baca novel ni. Do you like him? John Creasey?” soalan gadis itu dan meletakkan novel tadi ke atas meja.
“y-y-yaaa I absolutely love John Creasey!” jawab aku teruja dan sedikit gentar. Al maklumlah awek idaman hati. Eh?
“I love crime & mysteries”
”Ah so do I!”
“By the way saya Mia” dia memperkenalkan dirinya sebagai Mia beserta sekuntum senyuman yang manis itu.
Maka perbualaan dan sesi suai kenal antara aku dan Mia berjalan dengan baik. Walaupun tidak dirancang. Boleh faham perasaan aku masa tu? Ha mekasih sudi faham.
No comments:
Post a Comment