Monday, June 8, 2015
Fenomena Insomnia.
Assalamualikum,
Jam menunjukkan sudah pukul 2:34 pagi. ye aku masih tidak dapat berkahyalan dialam mimpi seperti rakan sebilik ku Anna. Lena betul dia tidur. Dah masuk 3 hari aku tak dapat tidur. Aku syak aku ada insomnia. Aku search google cara nak atasi masalah ni satu pun macam tak berguna. Aku pejam mata aku erat. Fuhhh telinga aku ni bingit seolah banyak manusia-sesuatu sedang ligat berborak. Aku langsung tidak jadi tidur terjaga sampai keesokan harinya-ke kelas. Lepas kelas baru ada feel mengantuk. Satu je aku risau takut jatuh sakit. Aish degil betul aku ni. Tapi bukan salah aku pun bila aku dah baring mata ni je yang tak nak lelap. Kadang bergaduh jugak dengan diri sendiri. Sedih, Okay itu kisah insomnia dan apahal aku tak dapat tidur
Aku nak kongsi video yang aku terima dari rakan serumah ku menerusi aplikasi whatsapp. Agak mengejutkan bagi aku (was-was untuk mempercayai). Video tersebut berdurasi selama 51 saat. Dalam video tersebut ia mengambar burung / manusia / malaikat?(walwahualm). Terdapat dua jenis burung / manusia terbang di langit yang agak mendung. Tapi bagi aku image tersebut seolah diedit. Aku rasa sebab warna / ton dia nampak berbeza. Dan video tersebut merujuk selepas berlakunya gempa bumi kecil di kawasan Sabah. Pada waktu yang sama aku takut dan so-so. Dia susah nak tafsirkan. Dan video itu belum pasti sahih atau tidak . Aku dah checkdkt twitter and Facebook tak jumpa. Youtube belum lagi wifi sini slow macam siput. Grrr.
Apa-apa pun aku mendoakan kesejahteraan kepada diri aku, parents dan seluruh muslim dalam keadaan yang elok-elok(seamat dan diberkati oleh Allah). Semoga Allah masih menerima taubat dan doa kita serta dilindunginya. Insyallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment