Monday, July 6, 2015

Karnivor (Part 2)



“APA!!!”

“Ye ye tak payah terkejut. Aku tahu aku lelaki sejati” aku menekan button speaker dan terus campak smartphone aku keatas katil. Aku ketawa kecil. Apa ingat aku tak boleh nak tackel hottie ke?

“Mustahil! Kau nak kelentong aku kan?” Wan masih tak percaya.

“Suka hati kau lah esok aku dengan Mia date dekat bookstore haritu. Kalau kau masih tak percaya atau masih lagi sangat dialu-alukan untuk merakam saat indah aku dan dia” agak kelakar jugak aku jawab macam ni.

“Cehhh gay boy. Dah lah aku nak siapkan assignment aku ni” kalah lettew.

“Relax lah esok cuti. Kita santai-santai sikit” perli aku sambil mengambil sehelai tuala kecil lalu mengeringkan rambutku.

“Banyak cekadak. Ni student first-class mana boleh lazy-lazy. Hahaha” 

“Yelah gi lah buat assignment tu. Hmm” acah merajuk.

“Geli lah sial. Haha jumpa esok kat tempat biasa”

“Busy”

“Pundek lah busy. Dah lah buang waktu aku je. Kbai”

“Kbai. I Love You. Muah ciked”

“Dah gi mampus sana hahaha!” 

Lama jugak aku tak bergurau-senda dengan Wan ni sejak dia kene dump. Seram jugak bila ingatkan kembali pasal tu. Aku menarik sebuah novel karya Tunku Halim, yang diterbitkan oleh FIXI. Firstly, aku ingat kedai basikal. Tipulah kalau dengar nama publisher ni tak ingat basikal. FIXI sekarang dah jadi mainstream kat generasi harini tak kira muda ke tua semua baca. Baguslah lari sikit dari kisah cinta yang macam cinderella. Lepas membaca beberapa helai mukasurat aku terjatuh dilembah yang tenang. Mimpi yang indah bersama Mia. Selamat malam kekasih hati.

*Kringggggg* bunyi jam loceng memecahkan kesunyian di dalam bilik ini. Lantas aku pun bangun dari tidurku. Aku menoleh ke arah jam loceng yang terletak kemas diatas meja kecil disis bilik. Awal lagi rupanya. Cuaca pagi ni kelihatan sangat baik, sesuai untuk berpicnic dengan family. Family. Biarlah Tuhan sahaja yang sampaikan rindu aku kepada mereka disana. Aku terus mencapai tuala lalu masuk ke bilik air. Terasa rajin pulak aku mandi awal-awal ni ikutkan selalu 20 minit sebelum appointment baru mandi. Jam menunjukkan tepat pukul 9, ada lagi setengah jam nak berjumpa Mia. Berdebar macam nak gi masuk minang anak dara orang. 

Aku mengenakan sweater nipis dan dipadankan seluar jeans berwarna biru gelap. Hipster? Pergi mampus hipster, hipsturen semua. Beg sandang yang terletak di hujung katil aku tarik satu persatu barang aku sumbat ke dalam isi perut beg itu. Ya selesai. Dengan bismillah dan langkah kaki kanan aku keluar dari rumah. Dalam perjalanan ke sana yang senyuman sampai ke telinga ini je menemani aku. Sampai ditempat yang dikatakan aku terlihat seorang gadis yang ayu duduk diatas bangku sambil membelek buku. Ayunya. Mudah betul aku jatuh hati dengan awek ulat buku ni lebih-lebih lagi dia cantik. Memilih. 

“Hi, sorry lambat!” aku mohon maaf even kita org datang awal dari waktu yang dijanjikan.

“Eh it’s okay. Kita datang awal kan” Mia membalas sambil tersenyum. Manis.

“Oh ye.. Hahaha” awkward.

(2 minit sunyi)

“ah jom lah masuk ke dalam” ajak Mia. Dia mulakan langkah dan masuk kedalam kedai diikuti oleh aku dibelakangnya. 

“Selamat datang” ucap pembantu kedai bernama Kate. Kate dah 3 tahun bekerja di kedai buku ni. Setiap kali habis sekolah mahupun kelas aku mesti lepak sini ataupun di kafe tempoh hari. Sejak kes pencuri organ dan makhluk pelik melanda jarang sekali aku nak kesini.

“Khairul Amir right? lama tak datang sini. Mana menghilang? Putus cinta ke?” gurau Kate

“Eh taklah” aku megelengkan kepala menandakan apa yang Kate katakan tidak benar. Aku putus cinta kapan ya dong?. Mia terus masuk ke dalam dan meninggalkan kami berdua. Ye seronok betul dapat borak. Apa yang tak seronok selain borak? Tikam belakang. Selama 3 jam aku menghabiskan masa dengan Mia di kedai buku tersebut. Macam-macam diborakkan. First time rasa seronok yang lain macam dari sebelum ni. Lagi seronok dari luahkan I love you pada Wan.

₰₰

“Jadi apa novel favourite awak setakat ni?”

“Hmm.. John Creasey’s debut work” aku memintal-mintal spaghetti dengan garfu lalu disuapkan kedalam mulut.

“Wow that trick with the letter really got me” 

“Speaking of John Creasey his short story collction really interesting too, macam The Children's Golden Treasure Book..” sambung Mia sambil mmembongkokan badannya sehingga nampak lurahnya. God gebunya. Aku cuba melarikan pandangan aku dari bukit tersebut.

“Something wrong?” soalnya

“Oh! Tak de tak de..” kawal nafsu kawal. Aku mengipas-ngipas diri sendiri yang tak berapa nak panas.

“Err.. Sandwich tu awak memang tak makan ke?” dari tadi aku perhatikan sandwich yang di oder tidak terusik. Membazir betul.

“Oh, sejak akhir-akhir ni saya makan terlalu banyak. Umm, I’m sort of, on diet” 

“Excuses me, I’m going to the restroom..” pintanya

”Oh yes go ahead” balasku pendek.

Tengah diet? Tapi dia tak nampak gemuk sangat pun. Figure body cun je. Bila tak makan still kata gemuk, dah makan pun still kata gemuk. Humm biasalah girls.

₰₰

Selesai makan aku decided nak teman Mia jalan-jalan sambil ambil angin. Nyaman. Lupa pulak harini hari Ahad ramai family bawak anak-anak beriadah di taman ni. Macam-macam gelagat kanak-kanak aku perhatikan. Lucu dan comel. I wonder bila aku jadi seorang ayah nanti. Aku toleh ke Mia, muka dia agak pelik - penat mungkin?,

“Ah.. Awak darah jenis AB kan? Awak tahu kita punya persamaan haha” 

“Oh yeke tak sangka lah. Our reading choices, and we’re the same age. Saya pasti kita banyak persamaan kan?” balasnya. Cara dia pandang kearah aku buat aku tidak senang.  Kenapa comel sangat. Somehow this feeling like a good thing. 

“Thank you for today Mir”

“No it was my pleasure I had fun too!” aku mengaru kepalaku yang tak gatal.

“Well jumpa nanti Mia hehe”

“uhmm.. Mir. Rumah saya berdekataan dengan Bangunan Pandora. Baru-baru ni ada kes di area situ” mimik muka Mia beubah. Aku faham dia mesti takut dan tak selesa. Lebih-lebih lagi kawasan yang dia sebut tadi pernah berlaku kes pembunuhan dan pengambilan organ dalaman.

“Kes pasal makhluk pemburu organ tu?” aku menyoal sedikit sarkastik. Antara nak tolong hantar balik atau aku keseorangan nak balik nanti. Aku confused.

“Kadang-kadang terasa takut tu semakin tinggi bila balik sorang-sorang ni. Lebih-lebih lagi orang macam saya” 

Selepas kejadiaan tu ramai pekerja shift malam terpaksa pulang awal takut menjadi korban sterusnya. Aku perhatikan Mia kembali. Tak elok jugak dia ni balik sorang-sorang dan dia perempuan. Jadi aku iyakan mahu teman dia sampai ke rumah.

“Oh ye semalam saya terjumpa satu lukisan. Lukisan yang mengambarkan makhluk tu” aku menarik keluar satu gulung kertas lukisan dan tunjuk kepadanya.

“Oh my god! Betul ke ni? ” soal Mia.

“Mir awak perasan tak keadaan kita macam situasi dalam story John Creasey, Awak dan saya berjalan di lorong gelap ni. Sesuatu yang misteri kan?” Mia menundukkan wajahnya. Tiba-tiba Mia memeluk aku. Aku terkedu. Mia menarik baju aku kuat. Fikiran aku seolah melayang-layang.

“Mir the truth is I selalu perasan yang Mir asyik pandang Mia dekat kafe..” di senyum. Tak sempat aku menolak tubuhnya, Mia terus mengigit bahu aku kuat. Arghhh!. Aku mengerang kesakitan, darah mula membasahi lengan kanan ku. Pandangan aku semakin kabur dan darah memercik keseluruh tempat. Dammit siapa Mia ni? Perempuan dari neraka?. Aku tersungkur ke bawah. Tak guna! Aku cuba mengensotkan badan ke belakang perlahan-lahan.

“Mir tahu dalam chapter 23 dimana pemburu dan diburu jatuh bersama? Dimana si pemburu adalah diburu dan diburu itu pemburu?”

“Mia lapar..Mia haus Mia nak kan Mir” Mia buka langkahnya satu persatu untuk mendapatkan aku. Aku bingkas dan lari secepat mungkin dengan keadaan macam ini 54% body aku dapat tampung keseimbangan. Tiba-tiba zapps sesuatu menembusi perut ku. Darah mula memercik menjadi seni abstrak. Aku jatuh. Mataku semakin layu-layu dan terus tertutup rapat. Aku mati? Mati? Tidakkkkkk!

(bunyi besi jatuh)

“Bunyi bising apa tu?”

“Korang kat sini kat sini ada orang kene himpap dengan besi ni”

“panggilkan ambulans sekarang!”

No comments:

Post a Comment